Friday, March 9, 2007
kemalangan jalanraya , dimana silapnya
Sayangi Nyawa : Elakkan Kemalangan
Oleh mestika | 12/12/2006 | Hits : 73
Kemalangan jalan raya telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Negara. Ia melibatkan kecederaan, penderitaan dan kematian yang paling tinggi di Malaysia.
Setiap kali musim perayaan ramai pengguna jalan raya terbunuh atau cedera parah. Oleh itu untuk menentukan keselamatan anda dalam perjalanan sentiasa terjamin, perkara-perkara berikut hendaklah sentiasa dipatuh
Pastikan segala alat pada kenderaan anda berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan nasihat daripada mekanik kereta yang berpengalaman mengenai keadaan kereta anda. Jika ada alat-alat yang tidak berfungsi dengan baik, gantikan dengan yang baru.
Pastikan brek, minyak brek dan lampu brek berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ke atas sistem brek penting bagi memastikan kenderaan anda dapat berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan.
Pastikan semua tayar kereta anda berfungsi dengan baik dan boleh digunakan, termasuk tayar ganti. Periksa bunga tayar dan tekanan angin dalam tayar anda.
Pastikan lampu utama, lampu isyarat dan sistem pendawaian kereta anda berfungsi dengan baik.
Periksa pengelap cermin (wiper) kereta anda. Jika permukaan pengelap berkenaan tidak mampu menyapu air pada kaca cermin, gantikan dengan yang baru.
Pastikan minyak klac, air radiator, hon, ekzos, air bateri, tali kipas, tangki air, saluran paip, paras minyak enjin dan tali pinggang keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan.
Jangan memandu laju dan bersikap suka berlumba-lumba. Sesuaikan kelajuan mengikut keadaan cuaca, lalu lintas, cara pemanduan, penglihatan dan keadaan kereta anda.
Sentiasalah mematuhi segala peraturan dan papan-papan tanda keselamatan jalan raya.
Elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa memandu seperti menggunakan telefon dan merokok kerana konsentrasi anda boleh terganggu. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada jalan raya.
Jika anda merasa letih dan mengantuk ketika memandu, anda perlulah berhenti untuk berehat. Jangan meneruskan perjalanan jika anda berada dalam kedaaan demikian kerana boleh membahayakan perjalanan anda.
Jika anda ingin membelok ke kiri dan ke kanan atau berhenti, tunjukkan niat anda dengan menggunakan isyarat yang betul. Pastikan anda menggunakan lampu isyarat.
Berwaspadalah sentiasa di persimpangan jalan.
Amalkan sikap bersopan santun dengan pengguna jalan raya yang lain. Jangan mengikut perasaan dan emosi anda.
Anda perlulah rancang perjalanan anda lebih awal, rancang laluan dan peruntukan masa perjalanan anda, bagi mengelakkan anda tergesa-gesa.
Sekiranya anda merasa pedih mata atau berat mata, berangan-angan, lambat bertindak, keletihan seluruh badan, penukaran gear lemah, kelajuan bertambah atau kelajuan berkurang, telinga berdesing atau berdengung, itu menandakan anda mula mengalami tanda-tanda rasa mengantuk.
Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedi. Tiada cara lain untuk mengelakkan dari keletihan atau mengantuk selain dari berhenti rehat dan tidur untuk seketika.
Untuk mengelakkan mengantuk sebelum memulakan perjalanan anda:
Rancang perjalanan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga.
Mulakan perjalanan jauh di waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.
Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga.
Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan.
Pemanduan berhemah amat digalakkan dan amalkanlah sikap bertimbang rasa ketika memandu di lebuh raya. Had laju yang ditetapkan di lebuh raya ialah 90km/j dan 110km/j.
Memandu laju boleh menjadi pembunuh terbesar di jalan raya. Memandu dengan terlalu laju menyukarkan anda untuk mengawal kenderaan. Memandu dengan terlalu laju juga memerlukan anda melihat lebih jauh ke hadapan.
Pandulah pada kelajuan yang membolehkan anda memperlahankan atau menghentikan kenderaan anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku.
Memandu dengan cara yang berbahaya seperti mengekori kenderaan hadapan dengan terlalu rapat atau memotong dengan cara yang berbahaya boleh menyebabkan kemalangan.
Ketika memotong kenderaan lain di lebuh raya, gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk memperhatikan kenderaan lain.
Apabila anda berasa selamat untuk memotong, beri lampu isarat yang betul untuk memotong. Setelah memotong, pastikan anda segera kembali ke lorong utama.
Jangan sesekali berhenti di lorong kecemasan kerana lorong kecemasan hanya boleh digunakan ketika berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan. Pastikan lampu isyarat kecemasan sentiasa dinyalakan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
Jangan memotong kenderaan lain menggunakan lorong kecemasan walaupun berlaku kesesakan lalu lintas kerana ia akan merumitkan lagi keadaan. Lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan bantuan seperti Polis, Bomba dan Ambulans yang perlu segera sampai ke tempat kejadian.
Jangan memandu lebih daripada dua jam tanpa henti. Ia akan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk. Kongsilah pemanduan anda. Tukar pemandu setiap dua jam walaupun anda tidak berasa mengantuk.
Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlalu hampir. Sebagai pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak mengelakkan perlanggaran dalam keadaan kecemasan.
Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang lebih lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu depan kereta anda untuk menandakan hak kelancaran perjalanan anda.
Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana ingin menakutkannya, kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun memandu keretanya dengan lebih perlahan lagi.
Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda serta orang lain, jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat.
Bagi penunggang motosikal, ketika sedang menunggang hendaklah:
Mematuhi undang-undang lalu lintas jalan raya.
Menunggang di sebelah kiri jalan atau gunakan laluan yang dikhaskan (jika ada).
Amalkan sikap bertolak ansur, bersopan dan bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain.
Patuhi had laju yang telah ditetapkan.
Berhenti di lampu merah.
Ikat topi keledar dengan ketat.
Pasang lampu sepanjang masa, siang dan malam.
Gunakan pakaian yang cerah.
Ketika melalui plaza tol, gunakan lorong khas yang disediakan.
Ingatlah! Lebuh raya bukan tempat untuk berlumba.
Perbuatan berlumba di lebuh raya adalah perbuatan yang tidak bertimbang rasa dan membahayakan pengguna lebuh raya yang lain.
Tiada siapa yang mahu membiarkan keluarga menanti dalam tangisan. Jadilah pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan juga pemandu yang berhemah.
Sayangilah nyawa anda, elakkan kemalangan. Pandu cermat jiwa selamat.
Wednesday, March 7, 2007
keluarga bahagia:Jaga hati suami
Kemajuan yang dihadapi oleh negara menyebabkan populasi penduduk bertambah.
Mengikut laporan daripada LPPKN , negara kini mempunyai 23 juta orang penduduk.
Namun apa yang membimbangkan jurang perbezaan antara lelaki dan wanita .
Negara kita mempunyai 18 juta orang wanita berbanding hanya 6 juta orang lelaki.
Tahap ini amat membimbangkan .
Walaupun golongan wanita kini boleh bermegah dengan tahap perjawatan mereka yang jauh lebioh tinggi .
Golongan ini telah
jam 2.31ptg
pelatih maktab mpki jln dairy tahun 1993-1996
pernah mengajar d sk la salle , kampar ,perak
pernah mengajar d sk seri pengkalan , lahat , ipoh
ditugaskan di sk sawah bahru , labis , johor
sambung belajar di UPSI 2000-2003
pernah menetap di slim river , perak
ditugaskan di STHAM , melaka namun
dipinjamkan ke SMA Al Ahmadi 2003-2005
bertugas semula di SMTHAM ,Melaka
belajar matematik cara mudah
remaja yang malas
Subscribe to:
Posts (Atom)